Saturday, December 13, 2014

Komponen asas komputer

Komponen Asas Komputer


Komponen
Penerangan
CPU / Processor
(Central Processing Unit)
-     Komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem
komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan data.
-     Pilih Intel Celeron atau AMD Athlon jika memerlukakan sistem asas
-     Pilih Intel Core i7 atau AMD FX jika memerlukan kuasa pemprosesan yang lenih tinggi
-     Pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah serasi.
-     Komponen wajib
Papan induk (motherboard)
-     Papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
-     Pilih papan induk jenis uATX/ATX
-     Papan induk terbina dalam kad bunyi dan
kad video yang diintegrasikan.
-    Mempunyai sekurang-kurangnya satu slot PCI-E dan tiga slot PCI.
-     Komponen wajib
RAM (Memory
-    RAM (Memory) digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang diproses oleh komputer
-     Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila komputer dimatikan 
-     Pilih jenis DDR3 dengan kapasiti sekurang- kurangnya 2GB – 4GB . 
-      Komponen wajib

Monitor (monitor)

-    Memaparkan output komputer
-    Teknologi terkini LED.  
-     Komponen wajib
Kad grafik (Graphic card)

-     Merupakan orang tengah di antara papan induk dan
monitor
-     Teknologi terkini PCI-E 3.0 dengan sekurang-kurangnya 2GB GDDR5 ingatan.
-     Tidak diperlukan jika papan induk mempunyai kad video yang diintegrasikan. Komponen wajib jika pengguna ingin bermain permainan video atau aplikasi 3D yang memerlukan spesifikasi kad grafik yang tinggi.
Pemacu cakera keras
(hard disk drive)

-     Menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan
pemacu tidak akan hilang walaupun komputer dimatikan.
-     Pilih saiz sekurang-kurangnya 500 GB (Gigabyte).

-     Komponen wajib
-     Teknologi terkini - SSD (Solid State Drive)
Pemacu CD/DVD -ROM

-     Untuk menggunakan CD/DVD-ROM yang boleh
menyimpan data (700 MB – 4.7 GB)
-     Membolehkan anda memain CD muzik atau DVD
-     Komponen wajib
-     Teknologi Terkini - BluRay Drive
Floppy Disk Drive

-     Untuk menggunakan cakera liut yang boleh
menyimpan data sebanyak 1.44 MB
-     Komponen Pilihan (Sudah Tidak Digunakan) – era terkini USB
      Flash Drive
Papan Kekunci (Keyboard)

-     Membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer.
-     Komponen wajib
Tetikus (Mouse)

-     Memudahkan pelbagai operasi dalam Windows.
-     Komponen wajib
Casing

-     Kotak logam di mana Power Supply, Papan induk, RAM dan komponen lain dipasang.
-     Pilih casing jenis uATX/ATX.
-     Komponen wajib
Power Supply

-         Power Supply berfungsi mengalirkan elektrik ke setiap bahagian
       komputer agar dapat berjalan.
-         Harus dipertimbangkan saat membeli sebuah Casing dan Power Supply yang diantaranya adalah sbb:
> jenis dari Power Supply (AT, ATX, BTX)
> jumlah watt Power Supply ( 350W, 450W,dsb)
Kad bunyi (sound card)

-        Membolehkan pengguna memainkan kesan audio
dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan
Pembesar suara (speaker)



-     Membesarkan kesan audio yang dihasilkan oleh
komputer
-     Komponen wajib/pilihan
Microphone

-     Membolehkan pengguna merakamkan suara
-     Komponen pilihan
Card Reader

-         Untuk membaca memory card HP ataupun memory card lainnya seperti SD Card, Mini-SD, RS Card, MSD (Memory Stick Duo), dll
       Komponen pilihan
Web Camera

-     Digunakan untuk berinteraksi secara langsung (menatap muka) pada waktu kita chatting/online dengan seseorang. Komponen pilihan 
Modem

-     Membolehkan menyambungkan komputernya ke Internet.
-        Pilih jenis luaran (external modem).
-        Komponen wajib/pilihan 
-     Era terkini = ADSL Broadband ( speed  384Kbit – 8 Mbit ) + WiFi (Wireless Fidelity).
Kad rangkaian  (Network Card)

-     Membolehkan komputer berkomunikasi dengan komputer lain
      melalui satu rangkaian komputer dan juga untuk kegunaan
      internet
-     Komponen pilihan sekiranya port network (internal) rosak.
UPS
(Uninterruptible Power Supply)

-          Backup bekalan elektrik untuk komputer dan juga membantu 
        menstabilkan bekalan elektrik  komputer
-          Komponen pilihan

No comments:

Post a Comment